Jejambat Runtuh: Dua maut, Gabenor Bangkok sahkan bukan perbuatan khianat
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt mengesahkan runtuhan jejambat yang sedang dalam pembinaan di daerah Lat Krabang di Bangkok bukan akibat khianat.
Bagaimanapun tegasnya siasatan bagi mengenalpasti punca runtuhan yang mengorbankan dua nyawa itu masih dijalankan.
Dalam insiden yang berlaku pada petang Isnin itu, 10 dilaporkan cedera.