Perlu diukur berdasarkan bidang - Pakar
Jam bekerja bagi menentukan 'work life balance' seseorang pekerja seharusnya diukur daripada pelbagai aspek termasuklah bidang yang diceburi.
Ini kerana Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM, Prof. Dr. Haslinda Abdullah berpandangan setiap sektor mempunyai keperluan yang berbeza yang perlu dipatuhi.