PRN Johor | Calon Warisan tumpu isu kemiskinan, pengangguran
Isu kemiskinan dan pengangguran antara yang akan diberi tumpuan oleh calon parti Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Mohamed Ridza Busu.
Bekas peguam berusia 54 tahun itu berkata, isu kemiskinan sebenarnya dihadapi oleh ramai masyarakat, namun hanya sebahagian sahaja yang diketahui.