PRN Sabah: Isu 40 peratus hak Sabah berkait dengan maruah dan autonomi negeri - Penganalisis
Felo Penyelidik, ILHAM Centre, Mujibu Abd Muis berkata isu 40 peratus hak Sabah akan menjadi bahan kempen politik parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Jelasnya, isu tersebut menjadi pilihan kerana nilai emosi tinggi dan simbol maruah negeri bagi pengundi. #DialogTigaPenjuru #SabahMemilih
