PRU15 | Keseimbangan kaedah kempen baharu dan lama
Penggunaan platform media sosial dan kaedah turun padang perlu digabung untuk menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman, peredaran masa kini memerlukan keseimbangan antara teknologi dan kaedah tradisional dalam usaha mendekati pengundi pelbagai peringkat usia.