Pengurusan hutang: jangan gali lubang baharu untuk tutup lubang lama
Apabila berdepan masalah hutang, ramai mencari jalan penyelesaian selepas ia berlaku. Namun menurut pakar, usaha sebenar perlu bermula lebih awal.
Menjelang Belanjawan 2027, kerajaan disaran membuka lebih banyak ruang kepada pendidikan kewangan di universiti dengan memanfaatkan kepakaran agensi seperti PNB, KWSP dan institusi berkaitan. Matlamatnya bukan sekadar melahirkan graduan cemerlang akademik, tetapi generasi yang lebih bersedia mengurus wang, hutang dan kewangan peribadi sejak awal.