Pukul kepala wanita, suspek ditahan di Perak
Seorang lelaki yang bertindak memukul kepala seorang pemandu wanita yang tular dalam satu video dalam media sosial pada Selasa telah ditahan pihak berkuasa. Difahamkan lelaki berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini untuk tindakan lanjut.