Rizieq Shihab serah diri kepada polis
Pemimpin dan Pengasas Barisan Pembela Islam (FPI), Habib Rizieq Shihab menyerah diri kepada pihak berkuasa atas dakwaan menghasut orang ramai melanggar sekatan COVID-19 dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran.
Rizieq tiba di Ibu Pejabat Polis Jakarta sehari selepas diberi amaran akan ditangkap, selepas mengabaikan beberapa saman terhadapnya sebelum ini.