Rusia sedia runding langsung dengan Ukraine di Istanbul
Ketua delegasi Rusia, Vladimir Medinsky mengesahkan delegasinya telah tiba di Istanbul dan bersedia mengadakan rundingan langsung, dua hala dan tanpa syarat dengan Ukraine bermula 10 pagi Jumaat. Beliau menyifatkan pertemuan awal bersama Menteri Luar Turkiye sebagai "produktif" dan menantikan ketibaan delegasi Ukraine untuk memulakan sesi rundingan.