Rusia-Ukraine | Ketegangan di Ukraine semakin meningkat
Harapan untuk melihat krisis di antara Rusia-Ukraine semakin pudar apabila pihak berkuasa di dua wilayah timur Ukraine memaklumkan serangan lebih ganas dan pertempuran amat sengit dengan tentera Rusia.
Gabenor Wilayah Utara Kharkiv, Oleg Sinegubov, berkata Kyiv merampas semula tiga perkampungan berhampiran sempadan Rusia selepas pertempuran sengit.