"Saya rasa amat yakin" selepas mengundi di Florida - Trump
Calon presiden Republikan dan bekas Presiden Donald Trump telah mengundi pada Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) di negeri Florida pada Selasa.
Memakai topi merah dengan slogan "Make America Great Again", Trump, bersama isterinya Melania, mengundi di pusat pengundian di Palm Beach berhampiran kediamannya.