Sebahagian mangsa tidak sempat keluar rumah
Hujan lebat yang melanda Terengganu menyaksikan lebih banyak kampung dinaiki air awal pagi tadi, khususnya di daerah Besut.
Malah, kenaikan air secara mendadak turut menyebabkan sebahagian mangsa tidak dapat keluar, selepas air memenuhi kediaman mereka.