SPRM tahan reman 10 individu disyaki terbabit kegiatan penyeludupan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 10 individu termasuk lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dua wartawan agensi media dalam talian kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan yang beroperasi di selatan tanah air.