'Tak boleh ikut cara lama, kita cetuskan revolusi dalam industri padi'- Mohamad Sabu
Beliau berkata, menerusi Pelan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030, kerajaan akan mencetuskan revolusi dalam industri padi, memperkukuh kedaulatan benih tempatan serta memastikan teknologi mekanisasi dan pendigitalan menjadi nadi kepada setiap rantaian pengeluaran pertanian.
