Kekejaman Israel: 'Kita boleh gunakan perkataan genosid' - Mohamad Hasan
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia menggunakan pelbagai platform antarabangsa untuk mengecam tindakan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Beliau berkata istilah genosid boleh digunakan berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh badan berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung tindakan Israel di wilayah itu.