[TERKINI] All England: Aaron-Wooi Yik hanya selangkah tamatkan kemarau 17 tahun
Juara Dunia 2022 itu bijak menggunakan peluang terhadap kesilapan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan untuk menundukkan mereka menerusi permainan straight set 21-16 dan 21-15 dalam tempoh 36 minit pada separuh akhir kejohanan badminton tertua di dunia itu yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.