[TERKINI] Lee Jae-myung menang Pilihan Raya Presiden Korea Selatan
Lee Jae-myung daripada Parti Demokratik yang berhaluan liberal telah dipilih sebagai Presiden ke-21 Korea Selatan. Ia selepas beliau memperoleh kemenangan dalam pilihan raya presiden yang berlangsung pada Selasa, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) negara itu.