[TERKINI] LRA Sungai Semenyih, Bukit Tampoi dihenti tugas, 472 kawasan terjejas
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan lra Bukit Tampoi masing-masing dihenti tugas sementara bermula jam 6.15 pagi dan 11.30 pagi Selasa.
Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, henti tugas sementara itu susulan insiden pencemaran yang telah dikesan di muka sauk stesen pam air mentah Jenderam Hilir.