[TERKINI] Putrajaya dan Sarawak sepakat selesai isu secara rundingan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan segala isu berkaitan Petronas dan Petros secara rundingan.
Perkara itu diputuskan dalam pertemuan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.