Tidak adil letakkan calon wanita di kerusi cenderung kalah - MPT BERSATU
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tidak adil meletakkan calon wanita di kerusi tidak boleh menang. Jelasnya, amalan meletakkan calon wanita di kerusi cenderung kalah memang berlaku semasa pengagihan kerusi untuk tujuan pencalonan.