Trump arah bendera separuh tiang hormati mangsa Minneapolis
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengeluarkan perisytiharan rasmi agar semua bendera di White House dan premis kerajaan diturunkan separuh tiang sehingga Ahad ini. Arahan itu sebagai tanda penghormatan kepada mangsa insiden tembakan di sebuah sekolah Katolik di Minneapolis yang meragut dua nyawa dan mencederakan 17 yang lain.