UMNO terbuka terima kembali ahli dikenakan tindakan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu sentiasa terbuka dalam menerima kembali ahli-ahlinya yang dikenakan tindakan displin seperti digantung mahupun dipecat.Jelas Ahmad Zahid, sekiranya ahli yang dikenakan tindakan itu masih menyayangi parti UMNO, tiada tindakan menyerang parti dari luar akan dilakukan.