Skip to main content

Advertisement

Bersatu tidak rancang ikut cara UMNO terima semula ahli dipecat - Muhyiddin

Bersatu tidak rancang ikut cara UMNO terima semula ahli dipecat - Muhyiddin

Bersatu tidak merancang untuk menerima kembali ahlinya yang dipecat atau digantung setakat ini, seperti pendekatan UMNO melalui gagasan Rumah Bangsa.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan disiplin yang dibuat sebelum ini masih kekal berkuat kuasa dan belum timbul sebarang perkara berkaitan penerimaan semula tanpa syarat.