Usul Harga Barang | Tidak perlu sidang khas, boleh diadakan sesi Parlimen
Tiada keperluan untuk mengadakan satu sidang khas di Parlimen bagi membincangkan isu kenaikan harga barangan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hal ini kerana usul untuk membincangkan isu itu boleh dilakukan ketika sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.