RCI Tabung Haji: Pembangkang kesal Sidang Khas 'downgrade' jadi sesi penerangan Menteri - Takiyuddin
Blok pembangkang terdiri daripada majoriti Ahli Parlimen Pas dan Wawasan menjangkakan Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) akan dibentangkan untuk dibahaskan Ahli Parlimen sebelum satu ketetapan atau keputusan dibuat.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mereka bagaimanapun dimaklumkan pihak kerajaan bahawa laporan berkenaan hanya berstatus penerangan Menteri atau 'ministerial briefing'.