Visi bandar CHASE akan dibawa ke pentas dunia - Dr Zaliha
Menerusi hantaran di laman Facebook, Dr Zaliha memaklumkan beliau berada di Itali bagi memenuhi jemputan ke Forum Ekonomi Dunia melalui Davos Baukultur Alliance serta di Milan bagi mengikuti Dialog Inovasi Strategik selain mengadakan lawatan ke beberapa tempat ikonik seperti Bosco Verticale dan Navigli District.