Skip to main content

Malaysia

Fahmi hargai sumbangan warga industri televisyen

Fahmi berkata televisyen turut menjadi medium penting dalam menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. -Foto Facebook
Fahmi berkata televisyen turut menjadi medium penting dalam menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. -Foto Facebook

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Fahmi Fadzil menghargai komitmen warga industri televisyen dalam menyampaikan maklumat, mendidik dan menghiburkan masyarakat sempena Hari Televisyen Sedunia.
  • Fahmi menegaskan televisyen berperanan penting menyemai perpaduan masyarakat berbilang kaum serta merakam pelbagai peristiwa bersejarah negara.
  • Hari Televisyen Sedunia disambut pada 21 November setiap tahun bagi mengiktiraf peranan televisyen dalam meningkatkan kesedaran isu keamanan, keselamatan dan pembangunan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil merakamkan  penghargaan kepada seluruh warga industri televisyen atas komitmen dan dedikasi mereka dalam menyampaikan maklumat, mendidik serta menghiburkan masyarakat.

Menerusi hantaran di Facebook bersempena dengan Hari Televisyen Sedunia hari ini, Fahmi berkata televisyen turut menjadi medium penting dalam menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Advertisement

Beliau berkata sebelum kemunculan telefon bimbit dan media sosial, televisyen merupakan antara medium utama masyarakat mendapatkan maklumat dan hiburan.

Televisyen, katanya, bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat menerusi penyiaran berita dan rancangan kegemaran, malah turut merakam serta menyiarkan pelbagai peristiwa bersejarah.

Advertisement

Fahmi turut mengucapkan Selamat Hari Televisyen kepada seluruh warga industri itu, termasuk mereka yang bertugas di hadapan dan di belakang tabir, atas sumbangan berterusan dalam memastikan medium berkenaan terus memainkan peranannya kepada masyarakat.

"Teruskan berkarya dan mainkan peranan penting untuk membina Malaysia yang lebih harmoni," katanya.

Hari Televisyen Sedunia disambut pada 21 Nov setiap tahun selepas diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1996 bagi mengiktiraf peranan televisyen dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu keamanan, keselamatan serta pembangunan ekonomi dan sosial.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement