UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

10 Berita Pilihan - (30 November 2023)

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Thu Nov 30 2023

10 Berita Pilihan - (30 November 2023)

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Negara anggota Perjanjian Ibrahim mesti putuskan hubungan dengan Israel - Penganalisis

Negara anggota Perjanjian Ibrahim mesti putuskan hubungan dengan Israel - Penganalisis

Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor berkata negara-negara Arab yang menyertai Perjanjian Ibrahim 2020 perlu menarik diri daripada normalisasi hubungan dengan Israel. Jelasnya, tindakan ini wajar dilakukan sebagai tekanan kepada Israel untuk menghentikan segala kezaliman yang dilakukan keatas warga Palestin ketika ini. #DialogTigaPenjuru
Bidang kuasa ICJ, tindakan haram Israel jadi fokus Malaysia - Centhra

Bidang kuasa ICJ, tindakan haram Israel jadi fokus Malaysia - Centhra

Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd Amin berkata Malaysia dijangka akan berhujah mengenai bidangkuasa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menilai isu yang dikemukakan kepada mahkamah dunia itu. Selain itu, dalam pembentangan yang akan diwakili oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, akan turut memberi tumpuan kepada tindakan-tindakan haram Israel keatas warga Palestin. #DialogTigaPenjuru
Kes Palestin di ICJ, tekanan kepada negara-negara menyokong Israel - Penganalisis

Kes Palestin di ICJ, tekanan kepada negara-negara menyokong Israel - Penganalisis

Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) Univesiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata pendengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Palestin juga bertindak sebagai tekanan kepada negara-negara yang masih menyokong Israel. Jelasnya, kes berkenaan seolah-olah telah mengasingkan beberapa negara berbanding majoriti masyarakat dunia yang mahukan menghentikan kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis. #DialogTigaPenjuru
Labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh

Labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui agensinya Pernas akan melabur RM62 juta dalam insiatif menambah 50 outlet Gloria Jean's Coffee dan 100 outlet 1901 Frankfurters hingga 2029.
Kehidupan seharian di sebalik serangan misil dan roket

Kehidupan seharian di sebalik serangan misil dan roket

: Luqman Hariz membawa penonton menelusuri kehidupan seharian di beberapa bandar di Ukraine yang setiap hari diselebungi kebimbangan susulan peperangan antara negara mereka dengan kuasa besar Rusia yang tercetus sejak dua tahun lalu.
Sampai bila nak biarkan persepsi Klang itu Colombia?

Sampai bila nak biarkan persepsi Klang itu Colombia?

Wartawan Astro AWANI Firdaus Azil melihat sendiri benarkah Klang itu sering terjadi kes jenayah, sehingga timbul kata-kata nakal bahawa ia adalah Klang Darul Colombia.
Siasatan lengkap, tetapi menantu Muhyiddin belum dapat dikesan

Siasatan lengkap, tetapi menantu Muhyiddin belum dapat dikesan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan ke atas Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah dilengkapkan.
Malaysia catat pelaburan RM329.5 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah

Malaysia catat pelaburan RM329.5 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia telah mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada tahun 2023 iaitu 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja bincang cadangan pindaan RUU hal kewarganegaraan

Mesyuarat Majlis Raja-Raja bincang cadangan pindaan RUU hal kewarganegaraan

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 yang diadakan selama dua hari di Istana Negara membincangkan beberapa perkara antaranya mengenai cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Polis (Pindaan) 2023 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung hal-hal kewarganegaraan.
AWANI Borneo [22/02/2024] - Hujan iringi jenazah Tun Taib | Di mana kan kucari ganti? | Siapa kata kami berpecah

AWANI Borneo [22/02/2024] - Hujan iringi jenazah Tun Taib | Di mana kan kucari ganti? | Siapa kata kami berpecah

Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar

#AWANIBorneo 22 Februari 2024

Jasad Tun Abdul Taib Mahmud disemadi di sebelah pusara Toh Puan Laila Taib.

Bekas menteri dan setiausaha politik bongkar sikap sebenar Taib Mahmud.

PKR Sabah tidak bergolak, hanya berbeza pendapat.

#AWANInews

Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Dialog Tiga Penjuru: Zionis menggila: Malaysia ke ICJ

Dialog Tiga Penjuru: Zionis menggila: Malaysia ke ICJ

Apa yang ingin dibawa oleh Malaysia dalam Sesi Pendengaran Awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)di The Hague?

Apa implikasi penyertaan Malaysia dalam Pendapat Nasihat ini khususnya dalam aspek perundangan antarabangsa?

Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam


Belia Sarawak nikmati warisan Taib Mahmud

Belia Sarawak nikmati warisan Taib Mahmud

Generasi muda Sarawak melahirkan penghargaan terhadap pemimpin ulung itu yang banyak mencorak masa depan mereka menerusi cetusan idea dan pembangunan yang dilaksanakan ketika pemerintahan Allahyarham selaku Ketua Menteri
Bekas setiausaha politik kongsi visi Taib untuk Sarawak

Bekas setiausaha politik kongsi visi Taib untuk Sarawak

Bekas Setiausaha Politik Tun Abdul Taib Mahmud menyifatkan pemimpin yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu itu sebagai luar biasa dan berpandangan jauh untuk memajukan Sarawak
Jika tidak kerana Taib, saya bukan menteri - Manyin

Jika tidak kerana Taib, saya bukan menteri - Manyin

Michael Manyin Jawong mengimbau detik beliau menerima panggilan telefeon daripada Abang Johari yang menyampaikan permintaan Taib Mahmud untuk beliau meletak jawatan untuk dibawa menyertai politik
Saya kehilangan sahabat, mentor politik - Alfred Jabu

Saya kehilangan sahabat, mentor politik - Alfred Jabu

Bekas orang kanan Tun Abdul Taib Mahmud, Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyifatkan pemergian Allahyarham bukan hanya kehilangan besar kepada Sarawak malah memberi kesan besar dalam kehidupannya kerana Allahyarham adalah sahabat dan mentronya dalam politik.