Wed Nov 06 2024
AWANI Ringkas: Pemulangan aset 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 7 petang ini.
Misi mempelopor wilayah Sarawak sebagai 'Bateri Rantau Asia'
Sarawak Energy Berhad sekali lagi melakar kejayaan untuk dua tahun berturut-turut dalam peranannya memperjuangkan kelestarian alam serta membudayakan strategi pengurusan mampan apabila diberi pengiktirafan pada malam Anugerah Kelestarian Forward Faster 2024, UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB). Dua pengiktirafan iaitu Anugerah Forward Faster (Kewangan dan Pelaburan) dibawah kategori syarikat besar serta Anugerah Tindakan Iklim bagi institusi bukan pelaburan dan bukan kewangan) membuktikan syarikat yang mempelopori industri tenaga di Bumi Kenyalang ini serius dengan komitmennya memacu aspirasi hijau wilayah itu yang semakin berkembang pesat di rantau Asia. Berkongsi intipati kejayaan, Astro AWANI menemubual Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy, Datu Sharbini baru-baru ini.
PMI Malaysia turun ke 49.2
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Malaysia, yang mengukur kesihatan pengeluaran negara, mereda kepada 49.2 pada November berbanding 49.5 pada bulan sebelumnya.
Jumlah penumpang udara Malaysia terus meningkat
Angka tersebut meningkat 13% kepada 8 juta orang pada Oktober, disokong oleh penambahan tempat duduk, pengenalan laluan penerbangan baharu, serta kelonggaran visa untuk pelancong China dan India.
Aliran keluar pelaburan asing berterusan di Bursa Malaysia
Pelabur asing menjual ekuiti tempatan untuk minggu keempat berturut-turut minggu lepas, walaupun dalam jumlah yang lebih kecil.
122,062 murid belum kuasai kemahiran asas 3M
Seramai 122,062 murid atau 27.24 peratus dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia hasil saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid tahun satu seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesi akademik (PdP) 2024/2025.

Tarif BRICS: Malaysia akan pantau impak langkah Trump
Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan memantau ugutan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus kepada anggota BRICS yang mahu menghentikan penggunaan dolar dalam perdagangan.
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, ia membabitkan nilai rampasan berjumlah RM47 juta.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, ia membabitkan nilai rampasan berjumlah RM47 juta.
Bank perlu bayar balik wang scam jika cuai - PM
Pihak bank perlu membayar semula kepada mangsa scammer jika ia merupakan kecuaian institusi terbabit sehingga menyebabkan berlakunya jenayah penipuan.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid mengenai jenayah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sudah tertakluk dalam Kanun Tatacara Jenayah Akta 593.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid mengenai jenayah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sudah tertakluk dalam Kanun Tatacara Jenayah Akta 593.
Bukan tolak kemajuan, tapi mahu penyelesaian banjir
Ratusan buah rumah penduduk di Mukim Kampung Batu Hitam di Daerah Pasir Puteh, Kelantan terjejas teruk akibat banjir yang didakwa berpunca daripada pembinaan projek ECRL.
Empat terkorban akibat banjir di Terengganu setakat ini
Banjir yang melanda Terengganu ketika ini telah menyebabkan empat terkorban.
“Kerajaan tetap akan beri pertimbangan cuma tidak boleh disegerakan..”-PM
Perdana Menteri berkata bantuan untuk kerugian akibat banjir melibatkan haiwan ternakan dan kemudahan di rumah akan dipertimbangankan.
122,062 murid belum kuasai kemahiran asas 3M
Seramai 122,062 murid atau 27.24 peratus dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia hasil saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid tahun satu seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesi akademik (PdP) 2024/2025.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia hasil saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid tahun satu seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesi akademik (PdP) 2024/2025.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan PDRM untuk mengelakkan keangkuhan, kezaliman dan salah guna kuasa.
Perdana Menteri zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat dan kecekalan penjawat awam, khasnya pasukan polis dalam membantu mangsa banjir, harus dihargai dan dikagumi.