Thu Aug 15 2024
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
[TERKINI] Komited tangani pencuri, salah guna kuasa
Perdana Menteri menegaskan kerajaan komited dalam urusan undang-undang negara dan sesiapa sahaja mencuri duit atau salah guna kuasa wajar mendapat hukuman.
AWANI Ringkas: UMNO-BN Sabah setuju bentuk pakatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Abang bas mengaku tidak bersalah beri komen jelik dalam video
Abang Bas yang berusia 24 tahun yang dihadapkan ke mahkamah sekali lagi hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Batu Pahat atas tuduhan membuat komen jelik dalam videonya awal bulan ini.
Anak pertama Jokowi nafi pemilik akaun kritik Prabowo
Naib Presiden terpilih Indonesia, Gibran Rakabuming Raka menafikan dakwaan rakyat Indonesia yang mendakwa beliau adalah pemilik sebuah akaun tidak dikenali bernama 'Fufufafa' di platform Kaskus, sebuah forum dalam talian terbesar di Indonesia.
Menurut media tempatan, akaun tersebut sering mengkritik Presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto, semasa Pemilihan Umum (Pemilu) republik itu pada 2014.
Menurut media tempatan, akaun tersebut sering mengkritik Presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto, semasa Pemilihan Umum (Pemilu) republik itu pada 2014.
Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori meninggal dunia
Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori, yang dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan rasuah dan pencabulan hak asas manusia, meninggal dunia pada usia 86 tahun pada Rabu.
Perkara itu disahkan anak perempuannya, Keiko Fujimori yang memaklumkan bapanya sering dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung sebelum ini.
Perkara itu disahkan anak perempuannya, Keiko Fujimori yang memaklumkan bapanya sering dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung sebelum ini.
Filipina, China bincang secara telus isu Laut China Selatan
Filipina mempertahankan kedudukannya di Beting Sabina di Laut China Selatan walaupun ia bersetuju dengan China untuk meneroka cara bagi meredakan ketegangan di kawasan itu, kata Kementerian Luarnya pada Khamis.
Usahawan disaran jalani audit keselamatan siber - Wak Doyok
Para usahawan tempatan disaran menjalankan audit keselamatan siber secara berkala bagi mengukuhkan pertahanan siber serta mencegah sebarang percubaan pencerobohan data peribadi.
Menurut personaliti fesyen dan usahawan, Mohd Azwan Md Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok, selain sentiasa mengemas kini perisian secara berkala, langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab ke atas perusahaan yang dijalankan.
Menurut personaliti fesyen dan usahawan, Mohd Azwan Md Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok, selain sentiasa mengemas kini perisian secara berkala, langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab ke atas perusahaan yang dijalankan.
Taufan Yagi sebabkan angin kencang di utara semenanjung
Taufan Yagi yang melanda Hainan, China dan utara Vietnam tidak memberi kesan secara langsung kepada Malaysia, tetapi MetMalaysia sahkan pergerakan taufan tersebut menyebabkan angin kencang di kawasan sekitarnya.
Bekas pelumba GP Malaysia, Elly Idzlianizar meninggal dunia
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, pada Rabu.
Bicara kes kematian bayi Qaseh Aulia 18 Oktober
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan perbicaraan kes kematian bayi berusia dua bulan, Qaseh Aulia Faizul pada Oktober tahun lalu akan didengar pada 18 Oktober depan.
[TERKINI] Yusoff Rawther didakwa edar kanabis, berdepan penjara seumur hidup
Bekas pembantu Perdana Menteri itu memakai baju T berwarna hitam dalam keadaan bergari, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret S Arunjothy.
Pantau Belanjawan: Cukai minuman tinggi gula: Kesan jangka panjang
Cukai minuman tinggi gula dijadual dibentangkan dalam Belanjawan 2025. Bagaimana cukai ini dapat membantu sektor kesihatan negara, pada masa sama menjadikan Malaysia negara lebih sihat? Kupasan bersama Prof Datuk Dr Syed Aljunid dalam Pantau Belanjawan.
Niaga AWANI: Selangor Aviation Show 2024
Ikuti siaran luar Niaga AWANI bersempena Selangor Aviation Show 2024 bersama Datuk Hasan Azhari Idris esok jam 9 pagi di saluran Astro AWANI 501
AWANI Ringkas: Pengesahan MetMalaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
Pelancaran 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah ini adalah bukti komitmen UOB Kay Hian dalam menyediakan pelbagai pilihan pelaburan untuk memenuhi permintaan pelabur moden, dengan harapan ia ini akan menarik lebih ramai pelabur, khususnya daripada masyarakat Bumiputera, dan menjadi pemangkin kepada inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Islam.