Tiga emas cetus momentum baik kepada kontinjen Malaysia
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata tiga pingat emas itu memberikan momentum yang sangat baik kepada kontinjen Malaysia, namun mengingatkan atlet negara agar tidak terlalu selesa kerana masih banyak acara akan dipertandingkan, sekali gus memberi peluang untuk menambah pingat.