Fri Apr 25 2025
Polis cari lelaki 51 tahun hilang di Damansara Damai
Pihak polis mengesan seorang lelaki berumur 51 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Blok H, Apartment Permai, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai, Petaling Jaya pada 24 April 2025 sekitar jam 4.30 petang.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.
Menteri BRICS mesyuarat di Brazil usaha capai keamanan
Barisan menteri luar dari negara-negara BRICS mengadakan mesyuarat di Rio de Janeiro pada Isnin dengan rayuan Brazil untuk mencapai keamanan khususnya di Ukraine termasuk tindak balas yang diselaras terhadap langkah-langkah perdagangan Amerika Syarikat.
Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara sendiri - Jurucakap China
China terus berpendirian tegas bahawa Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara, seperti mana yang didakwa Parti Progresif Demokratik (DPP) di wilayah itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
AS, China kurangkan tarif timbal balik
Selepas pertemuan di Geneva, dua ekonomi terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk bergerak ke hadapan dalam semangat keterbukaan bersama, komunikasi berterusan, kerjasama dan saling menghormati.
PKR perlu Izzah sebagai 'panglima perang’
Sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028 penting sebagai persediaan mengukuhkan parti ke arah menghadapi PRU16.
‘Tak ada jalan lain, Nurul Izzah kena menang’ – Rafizi
Tidak ada jalan lain melainkan perlunya memenangkan Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang baharu, biarpun beliau adalah anak kepada Presiden Parti, kata Datuk Seri Rafizi Ramli.
‘Tertiblah dalam berkempen, jangan serang peribadi’ - Amirudin
Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat bagi penggal 2025-2028, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa semua pihak yang bertanding untuk tidak menyerang peribadi lawan, melontar fitnah atau membuat tuduhan yang tidak berasas.
Sekatan berterusan, 2.1 juta nyawa di ambang kebuluran
2.1 juta nyawa di Gaza berdepan kebuluran sekiranya sekatan bantuan kemanusiaan diteruskan selepas menghampiri tempoh sembilan minggu.
Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu lemas
Kegembiraan lapan sekawan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) memanfaatkan cuti umum dengan mandi di Lata Changkah bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.
Penduduk India tegas perang bukan penyelesaian
Penduduk di sekitar sempadan India menolak konflik peperangan yang sedang berlaku dengan pakistan, menegaskan bahawa tindakan kekerasan bukan penyelesaian.
India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan
Pihak berkuasa India mengumumkan pembukaan semula 32 lapangan terbang pada Isnin, yang sebelum ini ditutup kepada operasi penerbangan awam susulan sekatan ruang udara ekoran ketegangan memuncak dengan Pakistan.
Menteri Israel gesa perang diteruskan, sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Menteri Keselamatan Zionis, Itamar Ben-Gvir menggesa perang terhadap Hamas diteruskan dan bantuan kemanusiaan disekat daripada masuk ke Gaza.
Sekurang-kurangnya 13 maut di Indonesia
Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk empat anggota tentera maut dalam insiden letupan semasa pemusnahan peluru tamat tempoh di Wilayah Jawa Barat, Indonesia.
[TERKINI] Rodrigo Duterte menang kerusi Datuk Bandar Davao City
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, sekali lagi memenangi kerusi Datuk Bandar Davao City dalam pilihan raya pertengahan penggal tahun ini, menurut keputusan awal yang diumumkan pada Isnin malam.