Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit pagi ini kepada 1,079 orang berbanding 1,056 malam tadi.

Di SARAWAK, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata mangsa banjir daripada 317 keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan di Bintulu, Limbang, Mukah dan Miri.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata pusat pemindahan di Bintulu menempatkan 926 mangsa, Limbang (76), Mukah (66) dan Miri (11).

Di SABAH, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 21 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Baru Membakut.