AirAsia telah menyangkal laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

BACA: Mavcom mulakan siasatan terhadap dakwaan Tony Fernandes

AirAsia menegaskan bahawa video yang dimuat naik oleh Tony pada 13 Mei lalu disokong dengan bukti termasuk perbualan antara ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dan pengerusi Eksekutif MAVCOM.

“Kami akan mengemukakan bukti dan fakta kepada pihak berkuasa pada masa yang sesuai,” kata AirAsia dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah AirAsia dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ini supaya reputasi AirAsia dan Tony dapat dipelihara.

Sebelum ini, MAVCOM telah menyangkal tuduhan yang dibuat oleh Tony berkaitan dengan isu pembatalan 120 penerbangan tambahan yang dipohon oleh AirAsia semasa tempoh Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU14).

BACA: 'Saya terima tekanan daripada Pejabat Perdana Menteri' - Tony Fernandes

BACA: 'Saya marah Tony teruk, namun saya maafkan dia' - Rafidah