Bajet alternatif yang dikemukakan pembangkang adalah satu helah untuk mengelirukan rakyat kerana dari segi kewangan ia tidak boleh dilaksanakan, kata pegawai kanan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini.
Memetik cadangan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500, pegawai berkenaan ingin tahu siapakah yang akan membayar tambahan RM500 atau daripada mana wang itu akan diperoleh.
Tidak mungkin kerajaan mampu melaksanakannya kerana ia adalah satu pertiga daripada cadangan gaji minimum baharu, katanya pada taklimat media hari ini.
Kerajaan sedang mencari jalan mendapatkan sumber pendapatan baharu, walaupun terdapat pelbagai cabaran besar dalam persekitaran luaran, terutama kejatuhan dalam harga minyak mentah.
Oleh itu, perlu diberi penghargaan kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST), yang sebelum ini dikritik tetapi kini diterima, kerana tanpanya kira-kira RM30 bilion akan hilang daripada tabungan kerajaan.
Mengenai cadangan pembangkang untuk memotong peruntukan, terutama kepada Jabatan Perdana Menteri, beliau berkata, pembangkang terlebih dulu perlu mempunyai fakta yang betul.
Menurutnya, terdapat perbezaan antara Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Jabatan Perdana Menteri, kerana PMO adalah sebahagian daripada jabatan itu, yang merupakan entiti lebih besar yang menempatkan pelbagai unit dan agensi penting.
Memotong RM10 bilion dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri turut bermakna memotong dana untuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan lain-lain, katanya.
BACA: Pakatan Harapan bentang Belanjawan Alternatif 2017
Menurutnya, ada pihak tertentu menyebarkan tanggapan palsu yang kerajaan telah bankrap, sedangkan pada hakikatnya ia melaksanakan pengurusan kewangan berhemah serta peruntukan sumber yang cekap.
Beliau juga berkata 'Malaysia tidak boleh dianggap sebagai negara yang gagal kerana hutangnya hanya 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasarnya.'
"Banyak lagi negara yang akan menjadi bankrap kerana tahap hutang mereka jauh lebih tinggi," katanya. - Bernama
Bernama
Thu Oct 20 2016
Bajet alternatif yang dikemukakan pembangkang adalah satu helah untuk mengelirukan rakyat, kata pegawai kanan Kementerian Kewangan.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Pembangkang tiada pendirian, Bajet Alternatif hanyalah madah politik - Budiman
Apa yang pasti, bajet alternatif mereka ini hanyalah sekadar madah politik untuk mengaburi mata rakyat kata Ahli Parlimen Sungai Besar.
Bajet Alternatif 2018 'poyo' - Rizal Mansor
Hasrat pakatan pembangkang mahu mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sehingga RM8 bilion menimbulkan persoalan.
Bajet alternatif PR dibentang Khamis kerana takut idea dicuri BN
Bajet bayangan 2014 Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 5.2 peratus dan kadar defisit GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebanyak 3.2 peratus untuk tahun 2014.