Kerajaan harus beri jaminan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan walaupun harga minyak mentah dunia turun tahun hadapan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Jelas beliau, laporan ekonomi antarabngsa menyatakan kemungkinan harga minyak mentah akan turun di bawah paras harga AS$48 setong mulai tahun hadapan.

"Jika perkara itu berlaku, bagaimanakah kerajaan ingin mendapatkan hasil bagi mengisi lompang tersebut?" tanya Rafizi.

Tambah beliau, kerajaan telah mengubah fokus daripada hasil daripada minyak kepada hasil berasaskan cukai kepada rakyat.

"Bolehkah jaminan tersebut diberikan?" tanya Rafizi, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.

Rafizi menyatakan pandangan tersebut ketika membahaskan usul Bajet 2016 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

"Melihat kepada keadaan ini, adalah wajar bagi kita menolak belanjawan ini," tambah Rafizi sebelum mengakhiri perbahasannya.

Sesi perbahasan bagi ahli Parlimen diteruskan sehingga jam 9.30 malam ini.