Firefly Airlines mengurangkan sasaran jumlah penumpang bagi 2017 kepada 1.6 juta daripada 1.7 juta pada tahun lepas berikutan permintaan berkurangan dan peningkatan kos operasi setelah ringgit rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Ignatius Ong berkata walaupun penurunan ringgit baik dari segi menarik penumpang luar negara ke Malaysia, ia juga perlu membolehkan warga Malaysia ke luar negara seperti ke Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Pasaran perlu baik bagi kedua-duanya. Bukan murah bagi keluarga pergi bercuti ke negara jiran.

"Tambahan pula, kami mengalami peningkatan 30 peratus dalam keseluruhan kos yang mempengaruhi beberapa trasaksi kami dalam dolar Amerika," katanya.

Ong berkata demikian kepada media selepas pelancaran FY e-dompet dengan kempen Firefly Airlines di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat telah mengurangkan kapasiti sebanyak enam pesawat tahun lepas kepada 12 setelah faktor muatan hanya mencecah kira-kira 60 peratus.

"Apabila kami menyaksikan peningkatan permintaan sebanyak 70 hingga 75 peratus dalam faktor muatan, kami akan meletakkan satu atau dua lagi pesawat beroperasi," katanya.

Ong juga berharap nilai ringgit akan mengukuh ke paras mampan.

Sementara itu, mengenai FY e-dompet, kemudahan tanpa tunai yang membolehkan pengembara membeli tiket Firefly pada bila-bila masa, dengan cepat dan mudah.

"Pengembara tidak perlu bimbang tentang tansaksi yang tidak berjaya apabila menggunakan kad debit atau kad kredit.

"Mereka juga akan mendapat bonus tambahan sehingga 25 peratus berdasarkan kepada kagetori pembelian mereka yang sebanyak RM1,000, RM5,000 atau RM10,000. Jumlah sah adalah tiga bulan bagi deposit RM1,000 dan enam bulan bagi selebihnya," kata beliau.

Ong berkata FY e-dompet disasarkan untuk mencapai jualan antara RM10 juta hingga RM15 juta daripada anggota berdaftar yang kini hampir 500,000.

FY e-dompet yang pelancaran awalnya pada pertengahan Disember tahun lepas, kini mencapai jualan kira-kira RM1 juta.

Firely merupakan syarikat penerbangan perjalanan jarak dekat premium Malaysia yang memulakan operasi pada April 2007.

Maklumat lanjut mengenai produk terkini dan perkhidmatan Firefly Airlines, boleh melayari www.fireflyz.com.my.

-- BERNAMA