Sebuah pesawat Firefly menuju ke Kota Bharu, terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah teknikal.
Firefly Airlines berkata pesawat FY1002/ MH9948 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 6.55 pagi tadi, terpaksa berpatah balik kerana masalah gear pendaratan.
"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Firefly Airlines, pesawat itu diarah berpatah balik ke Pulau Pinang.
"Ini adalah pendaratan biasa dan oleh kerana itu, pasukan bomba dan penyelamat lapangan terbang tidak dikerah," kata Firefly Airline di dalam satu kenyataan.
Firefly Airline berkata pesawat itu mendarat dengan selamat di Pulau Pinang pada pukul 7.30 pagi, hari ini.
"Kesemua 64 penumpang dan empat anak kapal yang berada di dalam pesawat telah diarahkan keluar dari pesawat.
"FY1002/MH9948 telah dijadualkan semula dan telah bertolak dari Pulau Pinang pada pukul 8:50 pagi dan selamat tiba di Kota Bharu pada pukul 9:50 pagi."
T K Letchumy Tamboo
Thu Apr 24 2014
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia Airlines syarikat penerbangan rasmi MATTA 2018
Pengguna boleh membeli pelbagai pakej domestik dan antarabangsa yang amat bernilai dari lebih 265 peserta kalangan ahli MATTA dan organisasi lain yang mengambil bahagian di pameran tersebut.
Firefly turunkan sasaran penumpang bagi 2017 kepada 1.6 juta
Firefly Airlines mengurangkan sasaran jumlah penumpang bagi 2017 kepada 1.6 juta daripada 1.7 juta pada tahun lepas berikutan permintaan berkurangan dan peningkatan kos operasi setelah ringgit rendah.
Pesawat Firefly berpatah balik, selamat mendarat di Pulau Pinang
Sebuah pesawat Firefly yang menuju ke Kota Bharu, terpaksa berpatah balik selepas ia mengalami masalah teknikal.