Perjalanan udara di Malaysia menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang lebih baik dalam sembilan hari pertama bulan Julai berbanding bulan Jun, selepas kelonggaran dalam sekatan perjalanan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada Selasa berkata, pergerakan penumpang dan pesawat di 39 lapangan terbang di Malaysia meningkat dua kali ganda dengan purata harian masing-masing 37,000 dan 550, berbanding purata harian 18,650 dan 290 dalam sembilan hari terakhir bulan Jun.
Oleh kerana Malaysia belum membuka sempadan sepenuhnya untuk perjalanan antarabangsa, jumlah angka itu mewakili pergerakan udara domestik.
Walaupun demikian kata MAHB, Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul, Turki milik MAHB telah dibuka semula untuk perjalanan antarabangsa apabila sempadan negara itu dibuka sejak 12 Jun.
Tambah MAHB, pada bulan Jun, Pegasus Airlines memulakan operasi ke 18 destinasi di sepuluh negara sementara AnadoluJet memulakan operasi ke 11 destinasi di enam negara.
"Mulai Julai, Pegasus meningkatkan operasinya ke 43 destinasi di 27 negara dengan AnadoluJet juga meningkatkan operasinya ke 12 destinasi di tujuh negara," jelasnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, ini adalah tanda positif pemulihan secara beransur-ansur bagi industri penerbangan negara.
"Kami berharap dapat melihat peningkatan jumlah lalu lintas yang lebih tinggi ketika kami terus maju terutama dengan Hari Raya Aidiladha yang menghampiri pada akhir bulan.
"Rakyat Malaysia yang tidak berpeluang menghabiskan Aidilfitri bersama keluarga pasti akan mengambil kesempatan untuk kembali ke kampung halaman dan menikmati perayaan bersama keluarga tersayang, ”katanya.
Beliau turut melahirkan rasa gembira melihat syarikat penerbangan tempatan melancarkan kempen penjualan yang agresif untuk meningkatkan faktor beban.
Baru-baru ini dilaporkan bahawa AirAsia menjual lebih dari 200,000 Pas Tanpa Had mereka.
"Malaysia Airlines juga telah melancarkan kerjasama perniagaan bersama dengan Japan Airlines di mana mereka akan menawarkan perkhidmatan empat minggu antara Kuala Lumpur dan Tokyo-Narita mulai bulan Julai.
“Kami juga tahu bahawa ada perbincangan antara kerajaan mengenai pelaksanaan koridor perjalanan," ujar MAHB.
"Oleh itu, pengenalan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA), yang diumumkan oleh Menteri Luar Malaysia dan Singapura pada 14 Julai 2020 adalah permulaan yang baik untuk kelonggaran selanjutnya dalam pembukaan sempadan kita,” tambahnya.
Sementara itu, pengendali lapangan terbang tidak melepaskan usaha dalam memastikan persekitaran lapangan terbang yang selamat untuk pelancong dan mengembalikan keyakinan dalam perjalanan udara.
Baru-baru ini, Malaysia Airports mempamerkan beberapa langkah berkemampuan teknologi yang dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memberikan pengalaman lapangan terbang tanpa sentuhan.
Langkah-langkah ini merangkumi pengecaman wajah, daftar masuk sendiri,pengisian bagasi, pemeriksaan keselamatan tanpa sentuhan dan pembasmian kuman automatik menggunakan UV.
Lebih banyak teknologi juga diterokai dengan membuat penanda aras amalan terbaik di lapangan terbang lain di seluruh dunia.
Afiezy Azaman
Wed Jul 15 2020
Perjalanan udara di Malaysia menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang lebih baik dalam sembilan hari pertama bulan Julai berbanding bulan Jun, selepas kelonggaran dalam sekatan perjalanan. - Gambar fail/Astro AWANI
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
'Simple macam ni lagi okey' - Netizen komen penampilan Aina Abdul sambut Aidiladha
Aina memilih penampilan biasa iaitu jubah dan tudung berwarna hitam.
Tindakan bakar al-Quran di Sweden singgung perasaan 2 bilion umat Islam - Liga Arab
Menteri-menteri luar Majlis Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam pembakaran naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden.
'Mustahil kembali ke Syria, mahu bina kehidupan lebih baik' - Pelarian
"Saya fikir mustahil untuk pulang ke kampung saya di al-Qusayr, Syria. Saya berharap dapat ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama demi masa depan anak-anak."
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran
Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, pada Rabu.
Cuaca panas teruk, Zul Ariffin tetap syukur dapat tunai haji
Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Tindakan tidak hormat, merosakkan al-Quran adalah jenayah di Rusia - Putin
Presiden Vladimir Putin menegaskan kitab itu adalah kitab suci buat umat Islam dan harus dianggap suci oleh semua.
Sultan Johor kurnia 100 lembu sempena Aidiladha
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha hari ini.
Kedutaan Malaysia agih daging korban di Jakarta sempena Aidiladha
Kedutaan Besar Malaysia hari ini menganjurkan majlis korban dengan tema, 'Berkongsi Keberkatan' dan mengagihkan daging sempena Hari Raya Aidiladha.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran di Stockholm - Zambry
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di Stockholm.
Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander