Dunia Islam menawarkan peluang yang besar dari segi perdagangan serta pelaburan, dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memanfaatkannya demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Justeru, amat penting negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) saling menyokong dalam mencapai matlamat kita dan memajukan negara masing-masing," katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui pemberita sebelum merasmikan Perniagaan Dunia Islam 2015 Ke-6 yang bermula hari ini selama empat hari, bertemakan 'Kebangkitan Era Kegemilangan Perindustrian'.
Mengulas persidangan dan pameran utama dunia Islam itu, Jamil Khir berkata pemimpin OIC harus menyahut cabaran bagi membolehkan perdagangan serantau dan global mencapai potensi penuhnya.
Pada persidangan kali ini, 10 tokoh menerima Anugerah Dunia Islam termasuk Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Tan Sri Mohd Yusof Noor, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Felda Ventures Holdings Bhd Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah dan CEO Central Spectrum Mahmud Abbas.
Turut menerima anugerah itu ialah CEO Bosnia Bank International Amer Bukvic, Pengasas Solico Group Gholamali Soleimani dan Ketua Pendakwa Raya Wilayah Herat, Afghanistan, Maria Bashir.
Pengasas Perniagaan Dunia Islam, Datuk Raja Mohamad Abdullah yang meninggal dunia pada Mac lalu, dianugerahi Anugerah Sepanjang Hayat yang diterima oleh balunya Datin Nordi Mohamad Hussien.
Acara itu dianjur oleh Pusat Perniagaan Antarabangsa OIC dengan kerjasama OIC, Pusat Islam bagi Pembangunan Perdagangan dan disokong oleh kerajaan Malaysia.
Bernama
Tue Oct 27 2015
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam perlu memanfaatkan peluang perdagangan serta pelaburan. -Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023
Peruntukan itu membabitkan pembinaan rumah sampah, pembelian tong roro, pendedahan serta latihan kepada penduduk di 12 Desa KEDA.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
PRU15: BN setuju beri laluan kepada PH di Parlimen Padang Serai
BN bersetuju untuk memberi laluan kepada calon PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai.
Muktamar Pas: Dakwaan UMNO tidak dijemput, Takiyuddin tampil dengan bukti
Takiyuddin mendedahkan bukti berbentuk surat jemputan yang dihantar terus kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Muktamar Pas: UMNO Kedah nafi terima sebarang jemputan - Jamil Khir
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa isu ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk wujud terhadap UMNO.
UMNO Kedah sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga tamat penggal
ketetapan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Ismail Sabri yang juga untuk memulihkan ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial.
Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu
Pentadbiran Negeri Kedah bakal bertukar?
Pertemuan ini dilihat menyusuli kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya pada Rabu, yang yakin parti itu akan mengambil alih pentadbiran negeri.
Kes SRC: Najib mohon derma daripada Arab Saudi, bukan ditawar - Jamil Khir
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Tun Razak memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi, dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.
UMNO Kedah teguh bersama pemimpin
UMNO Kedah akan berdiri teguh dan sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang memimpin parti tersebut dengan penuh kesetiaan.