ALOR SETAR: Susulan isu membabitkan jemputan menghadiri Muktamar Pas kali ke-68, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akhirnya mendedahkan bukti berbentuk surat jemputan yang dihantar terus kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau turut menunjukkan kad undangan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran di telefon pintar miliknya.
"Saya ini seorang peguam, saya bercakap kalau ada bukti, saya boleh tunjuk jemputan yang telah dipanjangkan kepada UMNO Malaysia (seperti) yang saya beritahu semalam.
"Saya (juga) telah memastikan jemputan telah dikemukakan dan ini jemputan, (yang) pertama jemputan ke Muktamar Pas kali-68, (individu) yang pertama (mewakili UMNO adalah) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, ini bukti saya, dan ini sekalikan jemputan secara online," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman Pokok Bersama Komuniti Kota Sarang Semut di Kompleks Pas Kedah, di sini pada Ahad.
BACA: Sudah dijemput, tetapi tiada seorang pun wakil UMNO hadir - Takiyuddin
BACA: UMNO Kedah nafi terima sebarang jemputan - Jamil Khir
Mengulas mengenai dakwaan,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menafikan menerima jemputan ke Muktamar Pas kali ini, Takiyuddin menegaskan bahawa jemputan itu juga turut dihantar melalui Pas Negeri Kedah.
Tambah beliau, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberitahu nama pegawai yang menerima undangan tersebut di pejabat UMNO.
"UMNO Kedah saya difahamkan ada dihantar tetapi bukan melalui Pejabat saya dan ia melalui Pas Kedah, nanti (itu) saya check (secara teliti).
"Sebenarnya (isu ini melibatkan) dua perkara perkara berbeza, satu menghantar jemputan dan jemputan itu diterima oleh orang berkenaan, biasanya kita hantar ke pejabat, saya boleh beritahu pegawai yang ambil jemputan ini boleh kita beritahu, jadi kita anggap benda itu telah sampai.
"(Namun) apabila sampai ke pejabat parti itu, secara terus ke pejabat, dan melalui maya, tiada jawapan balas (yang diterima pihak Pas), kita minta dia hantar balik (jawapan), sebab kita (nak siapkan) RSVP (dan sebagainya sebagai persiapan)," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Zulkifli Yahaya di laman Facebook miliknya mendakwa, beliau merupakan individu yang menyerahkan kad undangan untuk UMNO Kedah kepada Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Suraya Yaacob pada 30 Ogos lalu.
Tambahnya, beliau juga telah meminta satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Kedah daripada parti UMNO itu untuk hadir namun dibalas dengan senyuman tanpa sebarang jawapan secara lisan.
Semalam, UMNO Kedah menegaskan bahawa tidak menerima sebarang undangan atau jemputan daripada pihak Setiausaha Agung Pas Pusat mahupun mana-mana wakil Pas sepertimana yang didakwa oleh Setiausaha Agung Pas bagi menghadiri Majlis Muktamar Tahunan Pas ke-68 yang sedang berlangsung.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa isu ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk wujud terhadap UMNO.
Abd Hadi Che Awang
Sun Sep 04 2022

Takiyuddin menunjukkan bukti berbentuk surat jemputan yang dihantar terus kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Astro AWANI

ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.

Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas

Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.

Muktamar Pas: Dakwaan UMNO tidak dijemput, Takiyuddin tampil dengan bukti
Takiyuddin mendedahkan bukti berbentuk surat jemputan yang dihantar terus kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.