Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran sementara menunggu lebih banyak petanda positif sebelum tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas import China bermula pada 15 Dis, 2019.
Pada 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.1750/1780 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1700/1750 pada Jumaat minggu lepas.
Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader Stephen Innes berkata memandangkan keadaan yang semakin tidak menentu dan kemungkinan kelewatan perjanjian perdagangan AS-China, para peniaga cenderung mengurangkan pertaruhan bulis mengambil pendekatan neutral ke atas risiko mata wang ASEAN.
"Berikutan peningkatan risiko ini secara umumnya, pelabur global mungkin cenderung untuk melindungi nilai mata wang ASEAN, termasuk pendedahan ringgit melangkah ke 2020," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Innes menjangkakan prestasi unit tempatan kritikal dalam penilaian melangkah ke 2020, ketika pasaran hampir memasuki Disember, ditambah dengan tiada sebarang venue atau pertemuan bersemuka dipilih bagi rundingan perdagangan AS-China, kemungkinan besar adalah aset risiko tempatan akan goyah dan ringgit menjadi lemah.
Pada pembukaan, ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.8373/8411 daripada paras penutup 3.8412/8469 pada Jumaat minggu lepas, naik berbanding pound Britian kepada 5.3653/3696 daripada 5.3672/3753 dan menokok berbanding euro kepada 4.6013/6054 daripada 4.6116/6188.
Ringgit turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0597/0624 daripada 3.0590/0638 pada Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019
Pada pembukaan, ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar hiasan
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.