Ringgit ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika hari ini.

Pada jam 5 petang, ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities, Pong Teng Siew berkata, dolar AS meneruskan momentum meningkat sejak minggu lalu selepas mencatat data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat.

"Mata wang AS itu bukan sahaja mengukuh berbanding ringgit, tetapi hampir semua mata wang utama lain.

"Data pekerjaan yang positif dan ekonomi AS yang kukuh menunjukkan Rizab Persekutuan AS merancang menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun," katanya kepada Bernama.

Ringgit juga didagangkan paling rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Berbanding dolar Singapura ia berada pada 2.7638/7677 minggu lepas dan menurun berbanding yen.