Sesi libat urus bagi membincangkan penambahbaikan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) membabitkan kerajaan negeri, kementerian dan agensi berkaitan dijangka selesai sebelum sidang Dewan Rakyat pada bulan depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sesi tersebut yang dijangka selesai dalam masa dua tiga minggu lagi, diadakan bagi memberi peluang pihak terlibat mengemukakan permohonan selain mengambil kira perubahan radikal landskap ekonomi ketika ini.
"Penambahbaikan itu bermaksud memulakan terus libat urus dengan pihak berkenaan selain mengambil kira aspek COVID-19 serta strategi (baharu) berikutan perubahan landskap ekonomi.
"Sebagai contoh, jika dulu ekonomi digital, ekonomi gig ini tak besar sangat, jadi (kita jangka kesannya terhadap) landskap ekonomi akan berubah," katanya mengulas perkembangan mengenai perubahan RMK-12.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai status Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Stesen Keretapi Tanah Melayu Kulai, di sini, petang Ahad.
Mustapa berkata turut bertemu dengan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad pada awal hari ini yang turut membincangkan permohonan kerajaan negeri berhubung peruntukan RMK-12.
"Kita (kerajaan) juga telah perkenal beberapa langkah-langkah jangka pendek seperti PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara). Pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) juga sedang merancang pelan ekonomi jangka panjang yang akan terangkum dalam RMK-12.
"Ini termasuklah perubahan perlu kita lakukan supaya ekonomi Malaysia kukuh kembali," katanya.
Mengulas persetujuan Singapura membincangkan pembukaan sempadan, beliau berkata perkara itu turut disentuh dalam pelbagai platform termasuk Majlis Tindakan Ekonomi.
"Ini termasuk cadangan mengenai travel bubble (gelembung perjalanan) yang diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri (Menteri Kanan Kluster Keselamatan) baru-baru ini dan berdasarkan perbincangan itu.
"Dalam pertemuan dengan Menteri Besar Johor hari ini, beliau turut menyokongnya kerana pelancongan adalah sektor penting untuk Johor serta negeri lain seperti Melaka, Pulau Pinang, Langkawi," katanya.
Terdahulu, pada sesi berlainan, Mustapa diberi taklimat oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) serta melawat infrastruktur bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA 2020) termasuk Velodrom Johor untuk sukan basikal di Iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020
MUSTAPA: Penambahbaikan itu bermaksud memulakan terus libat urus dengan pihak berkenaan selain mengambil kira aspek COVID-19 serta strategi (baharu) berikutan perubahan landskap ekonomi. - Gambar fail
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.
Kerajaan fokus hapus kemiskinan tegar menjelang 2025 - Mustapa
Usaha tersebut adalah antara tiga fokus yang digariskan dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-25 yang diterbitkan oleh Bank Dunia.
Buku RMK-12: UPE JPM tidak pernah belanja RM2 bilion - Mustapa
Ia sekali gus menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan usul RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan akan umum kos pampasan pembatalan HSR - Mustapa
Wang yang akan digunakan adalah wang rakyat, justeru jumlahnya akan didedahkan.
RMK-12: Kerajaan pergiat libat urus dengan pihak berkaitan
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, pandemik COVID-19 juga turut memberi kesan besar kepada landskap ekonomi global termasuk Malaysia.
Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melihat kaedah-kaedah baharu yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan masalah kemiskinan di Sabah dapat ditangani.
Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini
Laporan petugas khas mengenai isu-isu berkaitan Felda akan diputuskan kerajaan pada pertengahan Oktober ini.
Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa
Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
RM59.8 bilion bayaran hasil petroleum dibuat kepada empat negeri sepanjang 2008 - 2019
Bayaran tunai hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mencecah hampir RM59.8 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2019.
Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura
Isu berkaitan PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura.