Singapura meratifikasikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sekali gus menjadi negara ketiga berbuat demikian selepas Mexico dan Jepun.
Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura, CPTPP akan berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari selepas enam daripada 11 negara meratifikasikannya.
Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing berkata CPTPP merupakan perjanjian penting yang akan melengkapkan rangkaian perjanjian perdagangan bebas dua hala sedia ada Singapura.
"Ia akan memperkukuh perdagangan dalam kalangan negara di Asia-Pasifik sekali gus menjadikan aliran barangan, perkhidmatan dan pelaburan lebih lancar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Chan berkata dalam situasi ketegangan perdagangan dan sentimen anti-globalisasi semasa, CPTPP memberi petanda kukuh bagi komitmen Singapura ke arah liberalisasi perdagangan dan sistem perdagangan berasaskan peraturan.
"CPTPP adalah perjanjian terbuka dan terangkum, kami mengalu-alukan pihak yang mempunyai pandangan yang sama menyertai CPTPP selepas ia dikuatkuasakan," katanya.
MTI menjelaskan CPTPP merupakan perjanjian berkualiti tinggi yang akan mengurangkan sekatan pasaran dan menggalakkan perdagangan dalam gabungan pasaran yang mempunyai 500 juta orang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar US$10 trilion (US$1=RM4.055).
Perjanjian itu menetapkan peraturan bagi bidang baharu seperti e-dagang, menurut MTI.
Rundingan berkaitan CPTPP telah dimuktamadkan pada 23 Jan, 2018 di Tokyo, Jepun dan ia kemudiannya ditandatangani pada 8 Mac, 2018 di Santiago, Chile, menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 19 2018
Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura, CPTPP akan berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari selepas enam daripada 11 negara meratifikasikannya. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Selepas tiga bulan, siapa 'frontrunner' calon Perdana Menteri Singapura?
Kerajaan Singapura berfungsi seperti biasa dengan masing-masing menjalankan peranan baharu mereka selepas rombakan drastik Kabinet.
COVID-19: Singapura kekal terbuka walaupun dunia ke arah dasar perlindungan
Chan juga menyatakan Singapura sedang membina rangkaian perkongsian ekonomi digital.
COVID-19 jejas bekalan, Singapura yakin elak putus bahan makanan
Bekalan bahan keperluan tergendala tatkala satu Malaysia sudah seminggu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).
Sekatan: Singapura akan berhubung dengan Malaysia
Chan menasihatkan perniagaan yang mengambil pekerja Malaysia yang berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia, mungkin perlu mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan mereka.
Singapura jadi negara ketiga ratifikasikan CPTPP
Singapura meratifikasikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sekali gus menjadi negara ketiga berbuat demikian selepas Mexico dan Jepun.