Amerika Syarikat mengumumkan negara itu tidak lagi mahu campur tangan dalam isu pelarian antarabangsa.

Menurut Presiden Donald Trump, negaranya telah menangani isu itu sejak sekian lama dan sudah tiba masa untuk memberi fokus ke arah lain.

Dalam kenyataan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Trump berkata pendekatan yang dibuat negara dunia tidak lagi sesuai dengan Amerika.

Jelasnya, tiada negara dunia yang berjaya melakukan apa yang telah dilaksanakan Washington.

Duta Khas Amerika ke PBB Nikki Haley berkata negara itu punya ramuan tersendiri bagi menangani isu terbabit.