Berita  | Dunia

Anak rogol ibu kandung yang terlantar sakit

Anak rogol ibu kandung yang terlantar sakit
Seorang ibu yang terlantar sakit telah dirogol oleh anak sendiri.
KEJAM!

Seorang ibu yang terlantar sakit telah dirogol oleh anak sendiri.

Wanita berusia 86 tahun itu diserang secara seksual oleh anak kandungnya sendiri yang mabuk di rumah mereka di kampung Mandar Vaiyuru, Mandala di daerah Krishana, India.

Terbaharu kejadian tidak bermoral itu dilakukan anaknya pada Isnin lalu sebelum mangsa mengadu kepada jiran.

Berang dengan tindakan itu, jiran mangsa kemudian membuat laporan polis dan suspek yang merupakan seorang pemandu lori telah melarikan diri.

Siasatan awal polis mendapati, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak pulang ke rumah ibunya dalam keadaan mabuk sebelum melakukan serangan seksual.

"Kami telah mencatatkan kenyataan mangsa dan mendaftarkan kes. Doktor telah mengesahkan bahawa ia adalah kes serangan seksual," kata pihak polis seperti dipetik portal Times of India.

Ketika kejadian berlaku, dua anaknya tidak berada di rumah, dan suspek merupakan anak bongsu.

Ini adalah kes kedua serangan seksual terhadap warga emas di sempadan Vuyyuru sejak Ogos 2018.

Tahun lepas, pada 27 Ogos, seorang lelaki berusia 20 tahun telah merogol wanita berusia 68 tahun di kediamannya di kampung Kalavapamula Vuyyuru mandal.