KUALA LUMPUR: Banjir masih landa dua negeri iaitu Johor dan Sarawak namun situasi di Johor semakin pulih dengan bilangan mangsa terus berkurangan.

Banjir di Sarawak yang bermula sejak Jumaat, semakin buruk dengan lebih ramai dipindanhkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Secara keseluruhannya, sehingga jam 6 pagi Ahad, terdapat 494 mangsa masih berlindung di lima PPS.

Menurut laporan terkini dari portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka terdiri daripada 158 keluarga.

Di Johor, 65 mangsa banjir daripada 19 keluarga direkodkan dan mereka ditempatkan di 2 PPS yang masih beroperasi di Segamat dan Batu Pahat.

Manakala di Sarawak, 3 PPS dibuka untuk tempatkan 429 mangsa melibatkan 129 keluarga.

Dua daerah masih terjejas iaitu Betong dan Bintulu.