Tutup

Ceritalah: Washington SyCip - Tokoh disegani dalam dunia perniagaan Filipina

Ceritalah: Washington SyCip - Tokoh disegani dalam dunia perniagaan Filipina
Taman Washington Sycip, dihadiahkan kepada Sycip sempena ulang tahun beliau ke-85. Ia merupakan taman zen dan mempunyai beberapa arca dan hiasan. Sumber: Airbnb
MANILA, Jakarta dan Bangkok: Bandar-bandar besar di Asia Tenggara ini luas, bergelora dan kompetitif, hampir mencekik darah.

Bagi pelabur asing yang sedang mencari tempat untuk diceburi siapakah yang patut dipercayai, merupakan suatu isu kritikal. Keputusan yang salah akan menghapuskan pelaburan anda. Dan kadangkala kita bercakap tentang bilion dolar.
Untuk lebih separuh abad, Washington SyCip, seorang profesional berusia 90-an (yang meninggal dunia pada tahun 2017) merupakan kunci pada Filipina. Berterus terang, mesra, kelakar dan bersifat teramat ingin tahu --- beliau sangat banyak membaca -- 'Wash' (nama gelarannya) meninggalkan suatu legasi besar berpanjangan di rantau yang mempunyai ekonomi paling cepat berkembang ini.

Buat masa ini, setiap orang tahu bahawa Outsourcing Proses Perniagaan (atau BPO) merupakan tonggak penting ekonomi Filipina. Tahun lalu, sektor itu menjana USD24 bilion dari segi pendapatan, yang menyediakan pekerjaan kepada lebih 1.3 juta pekerja serta juga menggalakkan ledakan besar hartanah dan penggunaan.
Bagaimanapun, amat sedikit orang menyedari bahawa kemunculan sektor ini adalah hasil daripada Wash dan gergasi perakaunan dan perundingan Kumpulan SGV yang beliau asaskan di Manila pada 1946 lalu.

Sekiranya masih hidup, Washington Sycip akan menyambut ulangtahun ke-98 minggu ini. Sumber: Philippines Inquirer

Seperti Cesar Purisima (salah satu daripada protegenya di SGV dan Setiausaha Kewangan yang berkhidmat dua kali) menjelaskan: "Pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, SGV adalah firma perakaunan terbesar di barat Mississippi."

"Pada tahun 1980-an," beliau menambah, "Wash dan SGV bermula dengan menawarkan perkhidmatan BPO dalam perkongsian dengan yang pada masa itu, Andersen Consulting melalui apa yang dirujuk sebagai Manila Solutions Center."

Bangunan Asian Institute of Management (AIM) yang terletak di tengah Makati CBD berdekatan Ayala Malls, merupakan sekolah pertama di Asia Tenggara yang diiktiraf Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) berpangkalan di Amerika Syarikat. Sumber: BusinessWorld

Malah,  Wash memahami amat awal bahawa klien korporat akan mencari perkhidmatan yang menawarkan kos lebih rendah -- perakaunan, penggajian dan lain-lain -- dengan mengekalkan piawai. Sudah tentu, kita tidak akan tahu jika beliau menjangka skala besar daripada apa yang dimulakan.

Sementara saya tidak boleh mendakwa untuk mengenali Wash dengan amat baik, saya cukup bernasib baik dapat bertemunya beberapa kali. Salah satu sifatnya yang dikagumi adalah kemampuannya untuk fokus pada rakan semajlis atau perbualan dengan mengetepikan hal lain.

Pada era pengalihan perhatian yang berterusan ini --- telefon pintar dan media sosial --- adalah amat penting untuk memiliki keupayaan memberi tumpuan dan mendengar kerana begitulah bagaimana anda berhubung dengan orang. Ia juga menunjukkan bagaimana anda belajar dan kemudian, sepanjang kehidupan selanjutnya, terus belajar.

Adalah jelas, saya amat terpesona dengan Wash tetapi apabila beliau meninggal dunia hanya dua tahun lalu, saya sebenarnya tidak cukup kenal beliau untuk tulis suatu belasungkawa. Sejak itu, saya telah menghabiskan masa tertentu membuat lebih banyak penyelidikan terhadap hidup dan pencapaiannya. Dengan berbuat demikian, saya sedar bahawa Wash, "pembelajaran" dan pendidikan adalah merupakan teras terhadap segala apa yang dilakukannya.

Beliau merupakan orang penting bagi mengasaskan Institut Pengurusan Asia (atau AIM) --- sekolah perniagaan perdana rantau ini dan membiaya pendidikan banyak orang miskin Filipina.

Menara SGV dan EY, terletak bersebelahan dengan Ayala Avenue, jalan raya utama untuk semua firma swasta besar di Makati CBD. Sumber: Glassdoor.com

Bercakap mengenai Wash, Presiden dan CEO Magsaysay Group. Doris Ho mencatatkan bahawa "...beliau adalah Majlis Penasihat Orang Berpengalaman yang beranggota tunggal bagi banyak penggerak dan pembangkit korporat Filipina. Beliau menjadi mentor kepada ahli profesional tinggi, menasihati kebanyakan taikun Filipina dan menghantar ratusan ribu anak kurang bernasib baik ke sekolah. Beliau mempunyai keyakinan tinggi terhadap orang Filipina, malah ketika zaman paling susah sekalipun.

Wash dilahirkan pada tahun 1921 di Manila daripada seorang bapa yang merupakan keturunan imigran Fujian dan seorang ibu yang mempunyai akar keluarga di Shanghai.

Berpendidikan di Universiti Columbia sebelum Perang Dunia Kedua, beliau kemudian menyertai rejimen-rejimen khas yang dianggotai oleh orang Filipina dalam tentera AS. Bagaimanapun, sebelum beliau dapat berkhidmat sebagai anggota infranti, beliau dipilih untuk belajar bahasa Jepun dan berakhir sebagai seorang ahli kriptograf atau pemecah kod bagi pihak Berikat di Calcutta.

Ketika aktif bertugas semasa Perang Dunia Kedua sebagai seorang cryptographer di teater tropika China-Burma-India. Sumber: Wash - only a Bookkeeper. Biografi Washington Sycip.

Membaca tulisan-tulisannya bagi tahun-tahun itu, saya dapat melihat bahawa meneliti helaian-helaian transkrip Jepun untuk mendapatkan bahan perisikan berharga sebenar menajamkan mindanya. Ketika beliau menjelaskan pada penulis biografinya. proses itu seperti mengintip -- anda memiliki satu timbunan data kasar dan pengetahuan bahawa lima pengebom telah dikirim untuk mengebom sesuatu tempat. Kemudiannya, anda terpaksa bekira ke belakang bagi mencari corak yang dapat dikaitkan dengan maklumat itu sehinggalah anda dapat mengisi ruang kosong.

Banyak tahun kemudian, Wash menulis mengenai tahun-tahun itu sebagai kehidupan berbahaya di sepanjang tebing Sungai Hooghly di Benggala. "Mencari maksud mesej musuh di tengah-tengah kawasan yang tiada hala mungkin didengar sebagai menarik bagi kebanyakan orang tetapi ia memberikan saya satu perspektif tentang bagaimana, bila sampai masanya, dunia akan menjadi lebih kecil kerana adanya hubungan komunikasi. Pengalaman saya di sana telah mengajar saya apa yang akan dianggap sebagai terpencil yang akan akhirnya berhubung dengan arus perdana. Pemain dari industri berbeza akan keluar dari ekonomi yang besar, sedang muncul dan kecil; ini membuatkan pentingnya untuk bercakap satu bahasa kewangan yang difahami oleh semua.

WWII membuka dunia kepada Wash. Ia mengubah kehidupannya. Ia belajar bahasa baharu, kemahiran yang bukan biasa dan hidup dalam bahagian dunia yang beliau tidak pernah menjangka akan melawat. Ia adalah seperti juga warga berusia 90-an dari Malaysia iaitu Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pengalamannya pada masa perang telah memberi semangat padanya untuk mencabar kuasa kolonial dan juga norma-norma yang dapat diterima.

Kemas dan rapi, sejak muda sudah mempamerkan gaya profesionalisme. Sumber: Wash - only a Bookkeeper. Biografi Washington Sycip.

Sebagai perbandingan, kebanyakan daripada kita telah membesar dalam zaman aman. Pada intipatinya; ia adalah kesemuanya mengenai pembinaan perwatakan. Pengalaman kita membentuk perjalanan masa depan kita. "Zaman lembut" yang kita kini berada mungkin akan bermakna kita berakhir dengan kurangnya kedalaman dan keluasan berbanding dengan generasi sebelumnya. Apabila berdepan dengan cabaran, kita seringkali kurang kesanggupan untuk menghadapi perubahan.

Wash mengekalkan sikap tidak berpihak pada semua waktu. Beliau amat kritikal terhadap kekejaman kepimpinan politik tanah air..

Tidak takut terhadap kontroversi, beliau mempersoalkan keberkesanan demokrasi dalam memberikan tadbir urus yang baik --- dengan menyebut kejayaan negara-negara authoritarian seperti China dan Vietnam dalam mengurangkan kemiskinan berbanding India dan Filipina.

Beliau kehilangan suaranya yang tegas dan berprinsip.



* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.