China mengeksport 50.9 bilion penutup hidung dan mulut sejak 1 Mac lalu bagi merawat dan mencegah penularan COVID-19.

Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan, negara itu turut mengeksport 216 juta peralatan pelindungan diri (PPE), 81.03 juta gogal, dan lebih 26 juta termometer infra merah.

Menurut pentadbiran am kastam China, turut dieksport lebih satu bilion sarung tangan pembedahan serta kit ujian pengesanan bagi 162 juta orang dan 72,700 ventilator.

Eksport peralatan cegah COVID-19 ini mencatatkan kenaikan mendadak sejak April dengan pengeksportan harian meningkat kepada 3.5 bilion yuan berbanding satu bilion yuan.

China akan terus mempertingkatkan kawalan kualiti terhadap eksport peralatan pencegahan dan rawatan COVID-19 dengan menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan proses eksport ini teratur.